Bina Kerjaya Yang Bermakna
Di Seri Ratu Confinement, kami bukan sekadar mencari Confinement Lady (CL). Kami membina sebuah komuniti wanita yang saling menyokong, belajar dan berjaya bersama.
Sama ada anda baru ingin bermula atau sudah berpengalaman, kami menyediakan latihan, sistem kerja yang tersusun dan peluang untuk berkembang dalam industri penjagaan ibu berpantang.
Siapa Yang Sesuai?
Kami mengalu-alukan wanita yang:
– Berminat dalam penjagaan ibu & bayi selepas bersalin
– Bertanggungjawab dan berdisiplin
– Suka membantu orang lain
– Bersedia untuk belajar dan meningkatkan kemahiran
– Mempunyai sikap positif dan komited
Apa Yang Anda Akan Pelajari?
– Penjagaan ibu selepas bersalin
– Penjagaan asas bayi
– Penyediaan makanan berpantang
– Amalan kebersihan dan keselamatan
– Etika perkhidmatan pelanggan
– Standard operasi Seri Ratu Confinement
